Siti Suhana M0hon B4ntuan Raw4t Dua Anak Derlta Kans3r Limf0ma
Siti Suhana M0hon B4ntuan Raw4t Dua Anak Derlta Kans3r Limf0ma
SUDAH kering air mata Siti Suhana Misdi, 36, mengenangkan nasib anak sulungnya yang diduga ujian cukup getir selepas dis4hkan menghldap kans3r limfoma pada usia cukup muda.
Cerita Siti Suhana, pada mulanya, beliau fikirkan demam panas berpanjangan yang dialami anak sulungnya, Iskandar Zulkarnain Azuan Isaidi, 13, hanyalah peny4kit biasa, namun hakikat sebenarnya lebih teruk daripada itu.
Kondisi kesihatan remaja berkenaan semakin memburuk apabila mengalami masalah kulit yang menyebabkan bahagian kakinya bernanah dan berdarah.

“Abang (nama manja Iskandar Zulkarnain) mempunyai lebihan biji kelenjar yang agak luar biasa pada lehernya. Selepas pemeriksaan, doktor buat kesimpulan bahawa Abang menghidap kanser.
“Pada Mac 2019, Abang dibedah secara mengejut untuk membuang biji kelenjar yang membesar. Selepas prosedur tersebut, Abang dibenarkan pulang ke rumah.
“Selepas itu, saya tidak meneruskan rawatan susulannya kerana ketika itu kami berdepan masalah kewangan,” cerita ibu kepada lima cahaya mata itu.

Pun demikian, selepas dua tahun berlalu atau lebih tepat pada Mei lalu, keadaan Abang semakin lemah. Pemeriksaan terkini mendapati kelenjar pada bahagian lehernya semakin membimbangkan.
“Saya memang tidak sangka s4kit Abang datang kembali.
“Paling meragut perasaan saya apabila doktor maklumkan, kanser limf0ma yang dihadapi oleh Abang sukar diub4ti dan difahamkan tak akan hilang buat selama-lamanya,” katanya.
Susulan itu, pembed4han kali kedua dijalankan pada 12 Mei lalu, namun keadaan kesihatan remaja tersebut masih belum memuaskan lagi.

“Ini kerana masih terdapat beberapa kelenjar lagi pada bahagian lehernya. Lebih membimbangkan saya, ubat yang digunakan untuk merawat mas4lah kulit Abang telah membuatkan mukanya bengkak dan difahamkan boleh menjejaskan buah pinggang dan hatinya.
“Memang ubat yang dibekalkan itu membuatkan luka pada kakinya pulih tapi beri kesan lain pula. Saya tidak tahu mana silapnya, mungkin ada alahan atau masalah lain.
“Jadi, kini kami gunakan ubat sapu sahaja,” katanya yang menetap di Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.
Anak kedua juga berpeny4kit
Peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi Siti Suhana.
Masih terkejut dengan nasib menimpa Abang, anak keduanya, Nur Qistina Balqish, 12, atau Kakak turut dis4hkan menghid4p kans3r limf0ma baru-baru ini.

Selain itu, Kakak juga mend3rita ketumbhan di dalam hidung.
“Susah saya nak ceritakan bagaimana jiwa dan perasaan saya yang berkecamuk. Namun, di depan anak-anak saya tak boleh menangis kerana bimbang mereka sedih dan rasa terbeban.
“Hanya kepada ALLAH sahaja tempat saya mengadu dan bergantung harap. Abang dan Kakak memang anak yang baik, ringan tulang dan rajin membantu mengemas rumah selepas solat Subuh. Pandai menjaga adik-adik lain. Kini, mereka lemah dan sakit,“ luahnya penuh kesedihan.
Meskipun telah menjalani pembedahan membuang biji kelenjar dan ketumbhan dalam hidung pada 9 Julai lalu, keadaan Kakak masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan pemeriksaan susulan setiap minggu.

Tatkala ditanya k0s rawatan dua anaknya, suri hati kepada Azuan Isaidi Khairudin, 34, terdiam seketika.
Akui beliau, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori roti dengan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan sebenarnya tidak mampu menampung kos yang diperlukan oleh kedua-dua anak kesayangannya.
“Sebab itu, saya berjualan secara dalam talian untuk menolong suami. Alhamdulillah, baru-baru ini ada insan berhati mulia yang mengetahui kisah Abang dan Kakak, mereka turut membantu meringankan beban kami.
“Jujurnya, saya terpaksa berjimat cermat kerana masih ada rawatan yang perlu dibuat ke atas Abang dan Kakak termasuk ujian darah dan sampel bawah kulit yang memerlukan kos tinggi,” katanya yang memohon pertolongan orang ramai bagi memudahkan urusan dua anaknya yang sedang bertarung nyawa.
Orang ramai yang prihatin dan sudi menderma, boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Islam Malaysia 01014027723844 (Siti Suhana Misdi).
Sumber: sinarplus
