Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Simpanan Akaun 1 (Semakan Status)


Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan KWSP akaun 1. Pada pembentangan Belanjawan 2021, telah pun diumumkan bahawa ahli-ahli pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan (dijangka sekitar 600,000 ahli yang terjejas) akan menerima manfaat ini

Bagaimanapun, ramai yang masih menyuarakan bahawa pemberian pengeluaran akaun 1 KWSP ini sepatutnya diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan duit yang disimpan di dalam EPF adalah hasil duit simpanan pekerja atau pencarum sendiri.

Dalam masa yang sama, beberapa pihak juga turut mendesak bagi membenarkan pengeluaran secara one-off iaitu RM10 ribu sekaligus bagi memudahkan orang ramai menggunakannya sebagai modal untuk berniaga dan memperoleh lebih pendapatan. Ini secara tak langsung dapat membantu menaikkan ekonomi negara.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, pengeluaran bagi Akaun 1 KWSP adalah sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan iaitu RM6,000 secara keseluruhan. Terdahulu, pencarum juga telah dibenarkan untuk mengeluarkan duit daripada akaun 2 KWSP iaitu sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan juga. Ini bermaksud secara total RM12,000 boleh dikeluarkan daripada KWSP

Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Duit KWSP Secara Online (Akaun 1)

Berikut akan dinyatakan perincian lanjut mengenai cara permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP sebaik sahaja diumumkan oleh KWSPTarikh Bayaran

Berdasarkan akhbar Berita Harian, bayaran amaun yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1 KWSP akan dikreditkan ke dalam akan bank pemohon pada tarikh berikut:

  • Tarikh Kredit: Bermula Januari 2021

Lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari, i-Sinar akan diperincikan pada 18 November 2020. Inisiatif ini menghadkan amaun pengeluaran sebanyak RM500 maksimum demi keperluan ahli dalam jangka masa pendek serta kesejahteraan masa depan persaraan mereka . Amaun pengeluaran sebanyak RM500 sebulan kini dijangka akan dikreditkan akaun bank pemohon bermula Januari 2021 bagi menampung keperluan ahli yang terkesan. Untuk makluman, pengeluaran i-Lestari yang dilancarkan pada April 2020, dijangka mencecah RM30 bilion pada Mac 2021.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:

  • Telefon: 03-8922 6000
  • Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP