Anakanda Sultan Brunei Baru Sahaja Mangkat. Al Fatihah


Dalam watu hantaran di laman sosial media instagram @bruneiroyalfamily, telah memaklumkan bahawa anakanda ketujuh iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim telah meninggal dunia hari ini pada jam 10.08 pagi

Berikut status penuh di laman instagram tersebut bruneiroyalfamily

“Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.

“Jenazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.

” Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

“Sedemikian dengan amat dukacita dimaklumkan.



Unutk pengetahuan semua, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz dan merupakan kekanda Pengiran Muda Abdul Aziz dan merupakan kekanda  kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial.



Almarhum mangkat pada usia 38 tahun. Salam takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga di Raja Brunei Darulssalam

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Gaya Hidup Mewah Anak Sultan Brunei Putera Mateen

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan Putera Brunei ini. Berusia 26 tahun, Pengiran Abdul Mateen merupakan anak ke 10 Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Sultan Brunei pernah dianggap sebagai manusia paling kaya di dunia dan memiliki aset dianggarkan $40 billion.

Jika anda mengikuti Instagram Putera Mateen, kebanyakan foto yang dimuat naik memaparkan gaya hidup mewah seorang anak Sultan. Putera Mateen banyak habiskan masa bermain sukan polo, bercuti menaiki kapal terbang peribadi dan menghabiskan masa bersama haiwan liar peliharaannya.



sumber: ig brunei royal family