KR1SIS air Selangor; Peguam Negara sangkal kenyataan MB Selangor

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tiada t1ndakan diambil Jabatan Peguam Negara selepas kerajaan negeri selesai s1asat kes pencem4ran air pada April lepas adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Dalam kenyataannya, beliau berkata, sehingga kini Jabatan Peguam Negara tidak pernah dirujuk dengan apa-apa kertas siasatan berhubung kejadian pencem4ran air mentah di Selangor.
“Pada 17 Mac 2020, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) melalui siaran media memaklumkan bahawa keempat-empat loji rawatan air di Sungai Selangor telah dihenti tugas bermula 17 Mac, jam 7 malam, akibat pencem4ran bau dalam air mentah pada tahap 2 TON.
“Lanjutan itu, s1asatan bersepadu bersama oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan Exco Alam Sekitar Selangor telah dijalankan.
30 tawaran k0mpaun di lapangan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM60,000 kepada pemilik premis Yip Chee Seng & Sons Sdn. Bhd. di Lot 4219, Jalan Batu Arang, Kg. Sungai Dua, Rawang telah dikeluarkan,” katanya.
Idrus berkata k0mpaun itu dikeluarkan tanpa apa-apa rujukan kertas s1asatan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara. Selanjutnya, katanya dalam kejadian terbaru pada 3 Sept apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.
Jabatan Peguam Negara hanya dimaklumkan bahawa terdapat kertas s1asatan yang dibuka oleh agensi-agensi yang berkaitan dan kertas s1asatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
Kredit; malaysiagazette